Sekolah
  • KOLEJ TINGKATAN 6
  • KOLEJ VOKASIONAL
  • MODEL KHAS
  • SEKOLAH ANTARABANGSA
  • SEKOLAH BERASRAMA PENUH
  • SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH
  • SEKOLAH EKSPATRIAT
  • SEKOLAH K9
  • SEKOLAH KEBANGSAAN
  • SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS
  • SEKOLAH PENERBANGAN
  • SEKOLAH SENI
  • SEKOLAH SUKAN
  • SEKOLAH YIK
  • SJKC
  • SJKT
  • SK KHAS
  • SM AKADEMIK
  • SM KEBANGSAAN
  • SM KHAS
  • SM PERSENDIRIAN CINA
  • SM SABK
  • SM TAHFIZ DARUL RIDZUAN
  • SM TEKNIK
  • SMA NEGERI
  • SMA RAKYAT
  • SMA SWASTA
  • SMK AGAMA
  • SR AKADEMIK
  • SR SABK
  • SRA RAKYAT
  • SRA SWASTA
Negeri

Sinopsis Aplikasi

Apakah Aplikasi Yang Dibangunkan?

  • Ini adalah sebuah aplikasi web yang membawa Direktori Sekolah selangkah ke hadapan melalui pemetaan visual dengan Google Maps. Sekolah yang membuat tuntutan direktori akan ditawarkan sistem online pengurusan sekolah, ERP School secara percuma. Ianya dilengkapi dengan sistem pembayaran online bagi memudahkan ibubapa membuat bayaran ataupun sumbangan kepada sekolah.

Penyataan Masalah:

  • Kesukaran untuk menentukan jenis dan bilangan sekolah tertentu bagi setiap lokasi.

  • Keterbatasan untuk mendapatkan informasi yang lengkap bagi sesebuah sekolah.

  • Ibubapa sukar untuk memantau pelajaran anak-anak mereka di sekolah.

  • Komunikasi yang tidak jelas antara ibubapa dengan pihak sekolah. WhatsApp Group seringkali disalahguna dan kebanyakkan ibubapa meninggalkannya (left group).

  • Guru-guru terbeban dengan kerja-kerja perkeranian.

  • Ibubapa kesuntukan masa untuk datang ke sekolah untuk membayar yuran secara tunai.

Penyelesaian Yang Dibangunkan:

  • Membangunkan sebuah ‘one stop centre’ direktori untuk seluruh 12,000 sekolah di Malaysia dan menjadikannya lebih interaktif melalui pemetaan visual dengan Google Maps.

  • Sekolah yang membuat tuntutan direktori akan mendapat akses khas bagi mengemaskini informasi direktori sekolah tersebut.

  • Membangun sebuah aplikasi mobile untuk memudahkan ibubapa memantau kehadiran anak ke sekolah, jadual dan keputusan peperiksaan.

  • Aplikasi mobile yang dibangunkan mempunyai medium komunikasi bagi sebarang pengumuman rasmi dari pihak sekolah.

  • Aplikasi sistem pengurusan sekolah akan mengintegrasi data seterusnya menghasilkan laporan secara automatik.

  • Aplikasi mobile akan dilengkapi dengan sistem pembayaran online terus ke pihak sekolah dan ibubapa akan menerima resit bayaran secara automatik.

Impak Sosial:

  • Memudahkan orang awam melihat taburan sekolah-sekolah di Malaysia berdasarkan kategori yang dipilih.

  • Pihak sekolah dapat menyebarkan informasi terkini kepada orang awam.

  • Pihak sekolah dapat meningkatkan kualiti kerja dan perkhidmatan melalui sistem online pengurusan sekolah ERP School.

  • Tiada kerja-kerja perkeranian bermaksud guru-guru dapat memberikan penumpuan sepenuhnya dalam mendidik para pelajar.

  • Ibubapa dapat membantu meningkatkan kecemerlangan anak-anak melalui pemantauan berkesan.

  • Ibubapa dengan mudah dapat membuat bayaran yuran ataupun sumbangan secara online kepada pihak sekolah.

Impak Inovasi:

  • Direktori kebiasaannya hanyalah sekadar senarai nama dan alamat. Namun dalam aplikasi ini, ianya dipertingkat dengan penawaran pemetaan visual agar lebih interaktif.

  • ERP School membawakan sistem pengurusan sekolah secara bersepadu dan komprehensif. Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai aplikasi sedia ada bagi tujuan kehadiran pelajar, keputusan peperiksaan dan lain-lain. Namun semua aplikasi tersebut adalah terpisah. Guru-guru perlu login pada setiap aplikasi secara berasingan dan terpaksa key-in data yang sama untuk setiap aplikasi.

  • Pembangunan aplikasi ini bermatlamat untuk membawa inovasi ‘paperless system’ dengan mengintegrasikan semua data secara online.

  • ERP School mengintegrasikan bayaran melalui Billplz, sistem pembayaran online yang efisien melalui bank-bank tempatan.

Impak Mampan:

  • Direktori sekolah dapat menjana pendapatan melalui pengiklanan dalam direktori.

  • Direktori ini juga dapat diperluas mencakupi tadika, kolej swasta dan universiti seluruh Malaysia.

  • Sistem sekolah ERP School dapat menjana pendapatan melalui fee bulanan untuk tambahan ciri premium.

  • Setiap sekolah boleh membuat ‘customization’ pada sistem ERP School mengikut kesesuaian dan cara kerja masing-masing.

  • Sistem ERP School juga dapat diperluas mencakupi tadika, kolej swasta dan universiti seluruh Malaysia.

  • Berkolaburasi dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menyediakan infrastruktur pendidikan yang lebih berkualiti seiring dengan Pelan Pembangungan Pendidikan Malaysia 2013-2025.